Sunday 12 March 2017

Merawat Kulit Muka Rosak Akibat Produk Merkuri


Assalamualaikum and hi semua. Hari ni alin nak share pasal produk penjagaan muka. Sebelum ni muka rosak teruk gila gara-gara produk merkuri. Produk tu agak femes jugak la. Alin just guna sebagai krim alas bedak. Ok nak share nama produk tu, Ja*na law*a. Macam mana alin boleh tahu yang produk ni ada merkuri ? Al kisahnya 1 hari tengah belek newspaper terjumpa article produk ni kena banned dekat singapore disebabkan kandungan merkuri yang terlalu tinggi. Pergh nasib baik sempat pakai selama sebulan je. Lepas berhenti tu azab diaaa.. Habis timbul jerawat pelbagai saiz kat muka and muka sangat kering masa tu. Ok jum tengok produk alin guna untuk pulihkan balik muka.





Step 1 : Cuci muka guna pencuci himalaya neem.
Step 2 : Sapu toner thayers. nak dab dab pakai jari pun boleh.
Step 3 : Sapu essence SK2. dab dab sikit.
Step 4 : Sapu bio essence tanaka serum
Step 5 : Sapu hada labo premium lotion
Step 6 : Sapu pelembab vit e organic aid

Additional step : Scrub guna himalaya apricot scrub & sapu minyak vit e organic aid selepas step 5 & sebelum step 6.

Alhamdulillah muka makin better even tak flawless macam orang lain hihi. Semoga info & tips dari alin berguna :) Stay tuned for next post.

Love,
Alin


Saturday 14 May 2016

Sawan Kucing


Hai assalamualaikum dah lama tak menulis. Dah berhabuk dah blog ni.  Huhu. Hari ni alin nak share pasal kucing alin, si johny. Balik cuti sem hari tu alin dapat seekor kitten yang sangat comel. Belanja pic johny jap.

Comel kan?  Okay macam mana alin tahu dia kena penyakit sawan?  Masa mula mula dia tidur, tgh tgh malam. Tak lama lepas tu dia bangun sambil matanya terkenyit kenyit sebelah. Alin pelik kenapa dengan johny ni. And tak lama lepas tu mulut dia start berbuih and dia lompat dari katil terus lari pusing keliling bilik langgar semua benda. Alin terus cuba nak kejar dia tapi tak mampu sebab dia lari terlalu laju. Hm. Tak lama dalam 10 minit dia berhenti lari and alin pickup dia dalam keadaan lemah sangat. Esok hari dia tidur lama sangat  mungkin penat. Malam keesokan benda sama masih terjadi. Hari ke 3 alin bawak johny jumpa vet. Vet cakap johny dijangkiti parasite yang tak nampak dek mata kasar. Dia cakap paraite tu akan hisap darah johny and menyebabkan dia anemia dan darah yang sampai ke otak tidak mencukupi. Vet ada bagi ubat spray utk elak parasite tu hidup di atas bdn johny. Alhamdulillah lepas jumpa vet keadaan johny makin pulih. Kekerapan sawan dia pun sangat minima. Since penyakit ni tidak boleh diubati, johny terpaksa bergantung dekat spray tu and sedikit vitamin.

Tips semasa kucing sawan

* jangan panik. Cuba grab kucing secepat mungkin.

* bila dah grab, usap kucing selembut mungkin untuk menenangkan dia.  Mungkin ketika ini dia akan mencakar disebabkan mindanya tidak sedar. 

* pastikan bunyi sekeliling ketika itu tidak terlalu bising untuk meow adapt bila dia mula sedar. And seeloknya lampu jugak malap.

 Itu sahaja perkongsian dari alin  semoga membantu.

Love,
Alin

Sunday 20 September 2015



PELAN PENGAJIAN SARJANA MUDA DIETETIK UITM







Assalamualaikum and good afternoon, today alin nak share pelan pengajian atau silibus untuk sarjana muda dietetik Uitm. so check it out.












Love,
Alin

Tuesday 5 May 2015

Sarjana Muda Dietetik

Assalamualaikum and good afternoon. Untuk post pertama alin nk share pasal kos yg alin study sekarang di Uitm Puncak Alam iaitu Sarjana Muda Dietetik.First of all kos ni second choice after dentistry and alhamdulillah i got this course. Now alin in semester 2. This course take 4 years. Kampus Uitm yang offer this course hanyalah di Puncak Alam. Intake for our batch is 53 orang, paling ramai setakat ni. Before this dalam lingkungan 20-30 orang. Selain Uitm, universiti tempatan yang also offer this course are USM,UKM and UMT. Yang alin tau untuk usm, need to attend interview tp for Uitm no need.Basically student akan belajar pasal makanan, nutrition and penyakit. Makanan untuk patient and so on kita nanti yang akan tentukan. Soalan femes, apa beza kos nutrition and dietetics ? Okay for nutrition korang akan belajar lebih kurang sama tapi not too much diseases but for dietetic we are focussing more on diseases.Dietetic student can be nutritionist but nutritionist cannot be dietition. Haa camtu la. Requirement pointer for this course boleh check dekat page uni masing masing tapi dalam kelas kiteorang sekarang all 3.5 and above. Tapi if below boleh je mintak sebabb kita taktau kan rezeki :) Anything yang nak tnya lagi boleh ask me in comment column okay. Maaf atas semua kekurangan dalam first post ni. Assalamualaikum and have a nice day :)