Hai assalamualaikum dah lama tak menulis. Dah berhabuk dah blog ni. Huhu. Hari ni alin nak share pasal kucing alin, si johny. Balik cuti sem hari tu alin dapat seekor kitten yang sangat comel. Belanja pic johny jap.
Comel kan? Okay macam mana alin tahu dia kena penyakit sawan? Masa mula mula dia tidur, tgh tgh malam. Tak lama lepas tu dia bangun sambil matanya terkenyit kenyit sebelah. Alin pelik kenapa dengan johny ni. And tak lama lepas tu mulut dia start berbuih and dia lompat dari katil terus lari pusing keliling bilik langgar semua benda. Alin terus cuba nak kejar dia tapi tak mampu sebab dia lari terlalu laju. Hm. Tak lama dalam 10 minit dia berhenti lari and alin pickup dia dalam keadaan lemah sangat. Esok hari dia tidur lama sangat mungkin penat. Malam keesokan benda sama masih terjadi. Hari ke 3 alin bawak johny jumpa vet. Vet cakap johny dijangkiti parasite yang tak nampak dek mata kasar. Dia cakap paraite tu akan hisap darah johny and menyebabkan dia anemia dan darah yang sampai ke otak tidak mencukupi. Vet ada bagi ubat spray utk elak parasite tu hidup di atas bdn johny. Alhamdulillah lepas jumpa vet keadaan johny makin pulih. Kekerapan sawan dia pun sangat minima. Since penyakit ni tidak boleh diubati, johny terpaksa bergantung dekat spray tu and sedikit vitamin.
Tips semasa kucing sawan
* jangan panik. Cuba grab kucing secepat mungkin.
* bila dah grab, usap kucing selembut mungkin untuk menenangkan dia. Mungkin ketika ini dia akan mencakar disebabkan mindanya tidak sedar.
* pastikan bunyi sekeliling ketika itu tidak terlalu bising untuk meow adapt bila dia mula sedar. And seeloknya lampu jugak malap.
Itu sahaja perkongsian dari alin semoga membantu.
Love,
Alin